RAHASIA
KHUSYUK DALAM SHOLAT
Seorang
ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk
solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan
selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk
memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.
Pada
suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan
bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu
solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir
dan batin itu?"
Hatim
berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota
wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh
perkara:
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang
(riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki
Seterusnya
Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku
dan menghadap kiblat.
Aku
berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku,
syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di
belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas
titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah
solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.
Setiap
bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud
dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi
salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun."
Apabila Isam mendengar, menangislah
dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan
Hatim.
Artikel keren lainnya:
Belum ada tanggapan untuk "RAHASIA KHUSYUK DALAM SHOLAT"
Post a Comment